Sunday, 5 November 2017

7 Amalan Pemakanan Yang Baik Sepanjang Kehamilan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 7 amalan pemakanan yang baik diamalkan sepanjang kehamilan. Perasaan disahkan mengandung adalah perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Jadi ibu-ibu mestilah nak jaga kandungan baik-baik kan.




Antara cara nak jaga kandungan sehingga tempoh bersalin, suka saya nak sarankan jagalah pemakanan. Sebab makanan sangat mempengaruhi perkembangan bayi. Seeloknya dari merancang untuk hamil lagi sudah kita set minda untuk jaga pemakanan.

Jaga pemakanan ni bukan sahaja elok untuk kandungan tapi juga memang bagus untuk kesihatan kan. Sekarang tau jela macam-macam penyakit tak kira usia, tak kira jantina. Banyak sangat kes budak-budak pon kena penyakit kronik kan.

Jadi saya share kat sini 7 makanan yang sangat baik diamalkan semasa mengandung : -

1. Kurma

Sebagai tenaga segera kerana mudah diserap dan diproses. Kurma mengandungi kandungan serat yang tinggi malahan dikatakan tiga kali lebih tinggi daripada pisang. Ia sangat sesuai dimakan oleh ibu hamil terutama yang hilang selera makan di awal kehamilan.

2. Buah tin

Buah tin kering membekalkan enam kali lebih kalori daripada yang basah.  Proses pengeringan telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya menjadikan ia lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian tetapi rendah sodium.

3. Madu

Madu yang manis ini sememangnya disukai oleh semua orang. Seperti sedia maklum, ia dianggap sebagai ibu segala makanan. Menjadi penawar pelbagai penyakit jika diamalkan meminumnya setiap hari.

4. Delima

Buah delima bagus sebagai antioksida, mengelakkan sakit jantung, menstabilkan tekanan darah. Jika ibu hamil mengalami masalah bacaan Hb darah rendah, memang disarankan makan buah delima atau minum jus delima.

5. Susu kambing

Khasiat susu kambing memang diakui bagus untuk membantu masalah asma, reumatik, demam kuning dan menguatkan tulang. Petua orang tua mengatakan ibu hamil amat  elok minum susu kambing untuk mengelakkan anak terkena kuning atau jaundis apabila lahir.

7. Barli

Berkhasiat sebagai minuman penyejuk badan. Selain itu ia juga bagus untuk memabntu ibu hamil melawaskan kencing, masalah sembelit dan mengurangkan risiko kencing  manis (jangan campur gula).

7. Tembikai

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang baik untuk mencegah penyakit terutama kanser. Wanita mengandung yang mempunyai masalah air  ketuban kurang juga digalakkan banyak makan buah tembikai. 

Anda juga boleh cukupkan keperluan nutrisi anda dengan set hamil shaklee yang lengkap dengan protein, omega 3, kalsium, vitamin b-kompleks, vitamin c dan juga multivitamin.

Hubungi azie untuk info lanjut dan order di whatsapp 012-9513802. Terima kasih.



Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee

Friday, 3 November 2017

Makanan Yang Bagus Untuk Naikkan Bacaan Hb

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Makanan yang bagus untuk naikkan bacaan HB. Mak-mak hamil bacaan HB ok ke?  Kalau ok bagus, bagi thumbs up sekali. 



Tapi makan still kena jaga, banyakkan makan yang macam doctor and nurse sarankan. Bayi makin membesar so sel darah merah pon makin banyak perlu disalurkan.

Saya share buah dan sayur yang ada kandungan zat besi dan vitamin c yang tinggi, kalau boleh setiap hari adakan hidangan dari sumber di bawah.

Sayur-sayuran
1. Bayam
2. Kangkung
3. Brokoli
4. Kekacang
5. Peria
6. Taugeh

Buah-Buahan
1. Jambu Batu
2. Oren
3. Kiwi
4. Betik
5. Limau nipis

Dan elakkan pengambilan makan yang menghalang penyerapan zat besi. 

Tips untuk penyerapan zat besi yang optimum, 

1) elakkan pengambilan minuman kopi dan teh
2) Susu atau pil kalsium jugak perlu dijarakkan pengambilan dengan sumber zat besi dan vitamin c
3) Susu soya, kuning telur, oat dan gandum elakkan diambil bersama zat besi
4) elakkan makan pil dan makanan yang menghalang penyerapan
5) makan supplement tambah darah dengan air putih/ jus buah-buahan
6) banyakkan minum air putih.

Thanks for reading. Have a nice day.



Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee

Sunday, 29 October 2017

5 Petua Elakkan Kejang Kaki Ketika Hamil

Petua Elakkan Kejang Kaki Ketika Hamil. Assalamualaikum dan hi semua. Pernah tak kena kejang kaki atau pon dipanggil jugak sebagai simpul biawak masa mengandung? Tau kan rasa dia macam mana? 




Ibu hamil memang mudah terkena simpul biawak sebabnya kandungan kalsium dan magnesium dalam badan ibu dan diserap oleh bayi. Semakin besar bayi semakin tinggi kandungan kalsium yang diperlukan.

Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, eloklah amalkan petua atau pun tips yang saya kongsikan ini supaya dapat elakkan kejang kaki ketika hamil.

1. Minum air lebih kerap supaya tidak dehidrat.

Elakkan minum air secara berlebihan kerana air yang berlebihan boleh mengurangkan kandungan garam dalam badan. 

2. Makan makanan yang tinggi kandungan mineral - kalsium, magnesium

Ambil makanan yang tinggi kalsium seperti susu, keju,  sayur-sayuran hijau seperti brokoli dan bayam, buah-buahan pula seperti pisang dan oren.

3. Elakkan berdiri lama tau pon duduk lama

Selalu tukar kedudukan dan cuba lakukan pergerakan  jika di pejabat. Jangan hanya duduk sahaja berjam-jam. Supaya darah dapat mengalir demgan lancar dam baik.

4. Mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot

Air panas juga membantu melancarkan pengaliran darah dan otot-otot lebih rileks dan tidak mudah lenguh.

5. Amalkan mengambil pil kalsium

Pengambilan pil kalsium juga bagus ketika mengandung supaya dapat mencukupkan nutrisi yang telah hilang. Ibu hamil boleh mengambil ostematrix shaklee iaitu pil kalsium. Dan pil kalsium yang bagus mesti mengandungi magnesium dan vitamin D.

Ostematrix merupakan vitamin yang mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan Boron. Boleh rujuk kepada jadual di bawah untuk fungsi setiap mineral.




Dapatkan Ostematrix Shaklee dengan saya pada harga RM65 sahaja dengan menghubungi saya Pengedar Shaklee Sungai Buloh di 012-9513802.



Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee

Wednesday, 11 October 2017

Vitamin B-Complex Shaklee Dengan Asid Folik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah dah masuk 28 minggu pregnant dan kesihatan saya pon bertambah baik dari masuk trimester kedua haritu. Awal-awal kehamilan adalah alahan dan kurang selera makan.


Sebenarnya bukan nak cerita alahan yang saya alami ketika mengandung tapi nak cerita kepentingan b-complex untuk ibu hamil. B-complex Shaklee ni bagus untuk mencegah anemia. Dan yang paling penting ada kandungan asid folik.

Nak pilih b-complex pilihlah yang ada kesemua 8 vitamin b yang diperlukan oleh badan. 8 vitamin b tu adalah b1, b2, b3, b5, b6, b12, asid folik dan biotin. Kesemua 8 komponen ini perlu untuk untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang optimum.

Asid folik adalah sangat penting di awal kehamilan dan sangat disarankan kepada yang merancang untuk hamil mengambil asid folik sebelum mengandung. Ia menolong melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya seperti spina bifida.

Asid folik juga membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Jadi sangat bagus untuk amalkan b complex shaklee sebelum kehamilan, selepas disahkan hamil dan sehingga berpantang. 

Selain itu kelebihan b complex Shaklee adalah : 

••Menukarkan makanan kepada tenaga : Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan mengatasi masalah keletihan.
•• Mengelakkan stress : Memastikan kesihatan fungsi saraf jadi melegakan SAKIT KEPALA, TEKANAN & INSOMNIA.
•• Mengatasi masalah rambut beruban dan rambut gugur : Mengekalkan kesihatan rambut dengan merawat kelemumur, rambut gugur dan beruban.
•• Mencegah ANEMIA : Bantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan menguatkan antibodi. 
•• Meredakan SENGGUGUT : Bagus untuk masalah senggugut (PMS) dan juga sakit kepala (migrain).

KKM telah mengumumkan yang vitamin b complex adalah vitamin yang bebas GST. Jadi kita dapat lihat yang vitamin b complex ini merupakan vitamin yang sangat penting dan diperlukan ole badan.

Harga vitamin b complex Shaklee adalah RM57 dan satu botol mengandungi 120 biji. Untuk mendapatkan vitamin ini boleh lah hubungi saya Pengedar Shaklee Sg Buloh di talian 012-9513802.


Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee




Produk Baru Shaklee Bakal Berada Di Pasaran - Shaklee Baby

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bulan October ni bulan yang sangat dinantikan tau. Sebabnya Shaklee Baby akan dilancarkan dan pastinya saya tak sabar nak beli untuk baby saya yangg bakal dilahirkan tak lama lagi.


 
Ini kiranya julung-julung kali produk bayi keluaran Shaklee akan berada di pasaran Malaysia. Jadi keterujaan tu sangat tinggi ok! Haha. Produk Shakleebaby ni terdiri daripada 3 items iaitu :-

1) Gentle Wash
2) Soothing Lotion
3) Massage Oil

Shakleebaby Gentle Wash



Diadun dengan chamomile organik, lavender dan daun lidah buaya. Menjadikan gentle wash ini 99% semulajadi dan 76% organik. InsyaAllah tidak menimbulkan sebarang alahan untuk kulit bayi, mempunyai pH yang seimbang. Juga telah diuji untuk kulit sensitif.

Shakleebaby Soothing Lotion



Dirumus khas dengan biji bunga matahari yang organik, minyak biji jojoba dan mentega shea. Menjadikan soothing lotion ini 99% semulajadi dan 87% organik. Minyak daripda lavender, chamomile, rosemary dan biji vanilla memberikan kesan yang menenangkan. Kulit bayi juga lebih lembap dan lembut.

Shakleebaby Massage Oil



Minyak urut yang pasti menjadi pilihan ibu-ibu kerana melembapkan kulit dan mampu mengurangkan regangan pada kulit. Diperbuat daripada minyak bunga matahari organik, lavender dan chamomile. Menjadikan massage oil ini 100% semulajadi dan 73% organik. 

Tak sabar kan bila dah tau kebaikan setiap produk shakleebaby. Nak-nak baby pon dah masuk trimester ketiga ni. Just right on time orang putih kata. Haha. Jadi, once dah officially dilancarkan, saya akan beritahu nanti.

Nak dapatkan produk Shaklee atau konsultasi daripada saya, hubungi saya di talian 012-9513802



Berminat untuk daftar Ahli Shaklee? Klik di sini -----> 
Borang Daftar Ahli Shaklee

Wednesday, 4 October 2017

Bisnes Shaklee Dan Upline Saya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bulan October 2016 adalah merupakan bulan permulaan saya berbisnes Shaklee. Bermakna sudah genap setahun dan saya sudah bertukar daripada separuh masa berbisnes kepada sepenuh masa sekarang ini.

My Upline, Fatin Mazelan

Sebenarnya saya mendaftar sebagai Ahli Shaklee pada September 2013( Borang Daftar Ahli Shaklee) dengan upline saya, Fatin Mazelan. Saya kenal Fatin di UKM sebagai coursemate dan melihag Fatin iklankan Shaklee di FB menarik minat saya untuk mencuba vitamin Shaklee.

Saya mengambil langkah bijak dengan mendaftar ahli untuk dapatkan penjimatan sebabnya kalau nak repeat order, confirmlah terus dapat harga ahli lagi. Tambah pula, keahlian seumur hidup. Sangat menarik.

Senang berurusan dengan Fatin, saya hanya transfer duit untuk join ahli dan Fatin yang uruskan pendaftarannya. Dan memandangkan saya rasa lebih mudah untuk saya dapatkan starter kit dengan post, terus saya bayar harga untuk postge sekali. Ehehe

Pada Oct 2016, cakap kat husband nak buat bisneslah sebab berimpian nak jaga anak sendiri. Tengok pula masa tu nampak Fatin masih aktif bershaklee. Terus saya hubungi dia untuk dapatkan tunjuk ajar. Sekarang sudah genap setahun dan saya pon sudah bergelar Work At Home Mom. Inilah aim saya ketika mana saya decide untuk berbisnes. Alhamdulillah suami pula menyokong tindakan saya. 

Jika ada antara anda yang ingin menambah pendapatan atau pon ada impian untuk mempunyai pendapatan walaupon bergelar surirumah, bisnes Shaklee adalah bisnes yang sangat sesuai. Tiada modal besar dan boleh dilakukan secara offline atau pon online.

Mendaftar  di bawah group saya, Chase Of Glory dan automatik anda juga berada di dalam group TEA di bawah bimbingan Fatin yang hebat.

Hubungi saya, Rosma Azyyati di talian 012-9513802.  



Tuesday, 3 October 2017

Alfafa Complex Shaklee Herba 1001 Khasiat Kaya Klorofil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Harini nak share tentang alfafa complex shaklee yang mempunyai 1001 khasiat. Bahasa saintifiknya alfafa complex ni dikenali sebagai Medicago Sativa. 



Alfafa complex merupakan formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee pada tahun 1950an. Ia diperbuat daripada tanaman Alfafa secafa organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos  atau baja kimia bebas.

Juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan" kerana khasiatnya yang sangat banyak. Akar tumbuhan alfafa boleh mencapai 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daunnya pula hanya akan dituai apabila mencapai tahap kematangan mutlak supaya dapat mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya.




Seterusnya, saya kongsikan manfaat dan kebaikan mengamalkan Alfafa Complex Shaklee : -

Mencuci hati, darah dan usus 

Ini adalah makanan yang sangat beralkali, jadi boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid.
• Menghilangkan toksin dari badan.
• Membersihkan hati, kolon dan darah.
• Mencantikkan kulit dan otot.

Melawan alahan

Memperbaiki keadaan kulit dan hidung yang sensitif.
• Menghilangkan bau badan dan ulat air.

Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut

Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastrik, hepatitis dan juga sembelit.

Menyingkirkan lemak dan kolesterol

Menghapuskan lemak
• Mengurangkan kolesterol
• Mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi
• Mengandungi saponin, span yang bertindak sebagai serat untuk menyerap kolesterol

Melawan tumor

 Dengan pengambilan alfafa dengan kuantiti yang sangat banyak mampu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor

Merawat arthritis

• Melegakan arthritis iaitu penyakit sendi

Melegakan keletihan

• Melegakan letih dan penat dan merawat pelbagai jenis penyakit

Bertindak sebagai milk booster

Membantu menghasilkan susu yang banyak

Alfafa Complex Shaklee didatangi dalam bentuk dua size iaitu 330 biji tablet dan 700 biji tablet. Dapatkan masing-masing dengan harga RM61 dan RM109.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dan konsultasi secara esklusif, Rosma Azyyati 012-9513802.





Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee

Monday, 11 September 2017

Weekend Escape Ke Melaka

Assalamualaikum dan hi semua..berhabuk dan bersawang blog ku ini. Tapi tak apa, jangan risau azam baru bulan October ni nak up satu entry satu hari. 


Tengah bulan September baru ni suami belanja percutian dua hari satu malam di Avilion Legacy Melaka. Selama ni duk lalu je kat depan hotel tu kalau ke Melaka. Kali ni merasalah stay di sini. 

Ni suami acah-acah suprise kot, sebab pagi tu baru cakap jom ke Melaka. Mama dan Yasmin on saja. Siapa tak suka berjalan kan. Hihihi

So sampai tu kami makan dulu di area MITC melaka, sebab sampai tu dah tengahari. Kedai ikan bakar. Lupa dah namanya. Ramai jugak orang dan not bad la sedap ikan bakarnya.

Then terus ke pusat bandar untuk check in. Senanh je cari hotel ni sebab tak jauh dari Bandar Hilir. Pastu terletak sebelah UiTM Kampus Bandar Melaka. Duku adik belajar kat situ so tahulah kat mana. Kalau tak pasti, on je waze. Lagi senang.

Masuk bilik agak teruja sebab bilik besar dan bathroom pon besar. Yasmin pon seronok la berkejaran dalam bilik dan paling suka main telefon lah. Maklumlah kat rumah tak ada telefon rumah. Ada lagi ke orang pakai telefon rumah sekarang?








Since tak ada plan so kami pon decide pergi mandi kolam dulu. Ni aktiviti wajib kalau stay kat hotel kan. Siap-siap dan terus ke kolam. Sempat lah mandi dalam sejam lebih then naik bilik.

Yasmin dan Ayah

mak buyong berenang
So dah naik bilik, lapar pulak haruslah jalan-jalan cari makan kan. Since dah dekat jugak dengan Kuih Keria Antarabangsa yang viral tu. Kami pergi la ke sana tapi tak sanggup nak beratur huhu. So straight ke Coconut Shake Klebang. Dah nak tutup dah pon so just tapau je then gerak ke Bandar Hilir.

Dah isi perut dengan asam pedas, eh wajib lah kan kalau datang Melaka pekena asam pedas. Kami ke Menara Taming Sari. First time la kira mama dan Yasmin naik menara tu. Tengok view Melaka waktu malam. 

Lepas tu sempat ke Dataran Pahlawan, shopping baju Yasmin dan bakal adiknya. Dah penat gila terus  kami balik hotel dan rehat. Esoknya tak ada aktiviti pon. Just santai kat hotel sebab hujan rahmat pagi tu, then check out gerak balik nak elak jem.

Till then, have a nice day everyone. 








Sunday, 20 August 2017

Pengalaman Amalkan Set Hamil Shaklee

Assalamualaikum dan hi semua. Harini nak share tentang Set Hamil Shaklee yang Azie amalkan. Sekarang azie dah pon dalam trimester kedua kehamilan. So kesemua vitamin di bawah memang azie amalkan setiap hari.


Azie mulakan dengan ESP, kemudian Vitalea, B complex, Vitamin C. Next baru Ostematrix dan Omega Guard. Banyak ke? Tak la sebab ada jadual dan cara pemakanan kan. Memang rasa perbezaan dengan anak pertama dulu. Selain makan makanan berkhasiat, vitamin sangat membantu untuk cukupkan nutrisi ibu dan bayi.

Ni antara kesan yang azie rasa sampai sekarang :

  • Bertenaga
  • Tidak mudah letih
  • Tidak mengantuk
  • Demam semasa trimester pertama tapi cepat kebah
  • Tiada lenguh kaki dan kejang kaki
  • Tak sakit belakang
  • Berat naik terkawal
  • Kurang rasa lapar
  • Tidur lena 
  • Tiada discharge
  • Selera makan terkawal
  • Emosi stabil dan kurang stress
Antara khasiat vitamin yang ada dalam Set Hamil Shaklee adalah seperti berikut :

1) Vita-Lea® Iron Formula
  1. Membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi.
  2. Mengelakkan anemia, masalah LOW HB
  3. Memberikan lebih tenaga dan mengatasi masalah cepat letih.
2) Sustained Release Vita-C
  1. Antioksidan
  2. Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi(tidak mudah demam dan selsema)
  3. Menjadikan kulit lebih cantik
  4. Membantu Penyerapan iron yang lebih berkesan – so vitalea and vitamin c kombinasi terbaik. 
3) B-Complex
  1. Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri
  2. Menukarkan gula berlebihan dalam badan kepada tenaga
  3. Mengurangkan sakit kepala atau migraine
  4. Mengandungi Folic Acid untuk perkembangan fizikal dan saraf baby.
4) Energizing Soy Protein (ESP)
  1. Memberi tenaga lebih lama
  2. Membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain
  3. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
5) Ostematrix
  1. Ibu perlu mengantikan semula kalsium yang telah diserap 90% oleh bayi jika tidak si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, sakit pinggang, kebas pada kaki / simpul biawak, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
6) Omega Guard
  1. Pengambilan Omega dapat membantu dalam PERKEMBANGAN MINDA BAYI supaya lebih active dan cepat belajar
  2. Omega Guard juga membantu MENGAWAL KENAIKAN BERAT BADAN secara berlebihan
Ibu-ibu jangan memandang remeh tentang kelengkap zat dan nutrisi semasa bersalin. InsyaAllah dengan pengambilan makanan tambahan seperti vitamin sangat membantu untuk sihat dan kuat sepanjang kehamilan serta bagus untuk perkembangan bayi.

Dapatkan Set Hamil Shaklee anda daripada Azie sekarang dengan WhatsApp ke 012-9513802. Anda akan mendapat konsultasi dan cara pemakanan produk selepas membeli daripada Azie.

Till then.


Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee

Saturday, 19 August 2017

Daftar Ahli Shaklee Dengan Pengedar Shaklee Sungai Buloh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Harini Azie nak share sebab kenapa kena Daftar Ahli Shaklee Dengan Pengedar Shaklee Sungai Buloh. Apa yang best join ahli dengan team saya. Sekarang ni saya merupakan ahli team TEA iaitu Teaching, Encouraging dan Achieving.



1) Yuran Keahlian Yang Rendah

Ada dua cara untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee iaitu dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM69 beserta kos postage RM11(Sem Malaysia). Atau anda boleh membuat pembelian produk sebanyak 200uv(point) bersamaan RM700 secara automatic anda menjadi ahli Shaklee,

2) Bonus Bulanan


Seterusnya, anda layak mendapat bonus bulanan bergantung kepada jumlah belian produk pada bulan tersebut. Maksimum bonus yang ada layak perolehi adalah 21%. Banyak kan?

3) Penjimatan 15%-25% Untuk Harga Produk


Dengan mendaftar ahli, anda akan menikmati penjimatan sehingga 25% untuk pembelian produk. Boleh lah saving untuk kahwin. Hehe

4) Penerangan Produk


Azie akan membantu anda dengan memberi penerangan tentang produk dan anda boleh tahu set kesihatan yang betul dan kepentingan setiap produk dalam set tu. Kenapa wajib ada.

5) Cara & Waktu Pengambilan Produk


Ini adalah elemen yang paling penting untuk mengamalkan supplement. Azie akan bantu anda dengan memberi cara makan dan waktu pengambilan yang sesuai berdasarkan set/produk yang anda beli.

Jelas ke jelas?

InsyaAllah Azie akan pastikan yang anda mendapat layanan sepatutnya selepas anda Daftar Ahli Shaklee Dengan Pengedar Shaklee Sungai Buloh. Selalunya Azie akan membuat penghantaran terus ke rumah untuk kawasan sekitar dan yang jauh kita gunakan khidmat courier.

Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee










Monday, 7 August 2017

Set Asas Kecantikan Shaklee Buatkan Kulit Muka Saya Tidak Kusam Lagi


 Selepas 3 bulan konsisten dengan set asas kecantikan Shaklee, ramai yang tegur kulit muka nampak lebih berseri-seri. Diakui lepas melahirkan anak, hormon  menjadi tidak stabil mungkin disebabkan faktor kekangan masa untuk membelai kulit. Hanya rajin dengan rutin mencuci muka.


Saya amalkan minum Energizing Soy Protein (ESP) setiap pagi dan juga SR Vitamin C Plus selepas sarapan pagi.  Sebenarnya, jarang sangat saya ambil sarapan yang berat sejak amalkan ESP sebab ESP buat saya rasa kenyang lama. Bukan sahaja bagus untuk kulit tapi bagus jugak untuk saya kekalkan berat badan.

Untuk kulit muka, saya perasan pori-pori mengecil dan jerawat yang baru tumbuh cepat kecut. Seronok sangat sebabnya  jerawat tu kan boleh mengundang parut kalau lama-lama bertapa di muka. Saya pulak jenis tangan suka mengutis. Hehe. Jangan buat ye sebabnya nanti tinggal parut hitam ambil masa pulak nak hilangkan parutnya.

Kalau dulu white heads and black heads sangat ketara di bahagian hidung sekarang kalau picit pun dah tak banyak yang keluar. Cuma kena rajin buat facial spa kat rumah la baru lah dapat kulit flawless ye. Set asas ni jugak bagus untuk pudarkan jeragat. Biasalah umur semakin meningkat ni kulit muka mudah terpigmentasi kan. Jeragat dan kulit wanita asia memang berpisah tiada.

So pengambilan ESP dan SR Vitamin C sangat membantu menyelesaikan masalah kulit kusam yang saya hadapi. Sekarang keluar rumah pun just tepek bedak sikit dah cukup. Lagipon saya jenis orang yang tak suka bermake-up.

Itulah dia cara Set Asas Kecantikan Shaklee Buatkan Kulit Muka Saya Tidak Kusam Lagi. Nak cuba? Boleh terus hubungi saya untuk consultation exclusive untuk anda. Rosma Azyyati 012 9513802


7 Tips Jaga Kulit Berminyak

Assalamualaikum. Hari ini nak kongsikan tips penjagaan kulit muka yang berminyak. Ada beberapa jenis kulit muka jadi kena kenalpasti jenis kulit muka anda dan apply tips ini untuk dapatkan kulit yang sihat dan berseri.
                             
Hasil carian imej untuk tips jaga kulit berminyak

1) Basuh Muka

Basuh muka paling kurang dua kali dalam sehari dengan sabun yang betul. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak (oil control).

2) Jaga Pemakanan

Corak pemakanan juga mempengaruhi kesihatan kulit. Pertamanya, elakkan makanan berminyak seperti daging burger segera. Sesetengah orang juga alah pada makanan laut seperti sotong, ketam dan udang. Seterusnya elakkan juga mengambil kekacang seperti kacang tanah, badam dan kacang parang. Kena try and error jenis makanan kat atas adakah menyumbang atau tak kulit berminyak.

3) Banyakkan Minum Air Kosong

Air  merupakan elemen penting yang sangat diperlukan oleh badan kita. Air memberi banyak manfaat kepada kulit termasuklah kulit wajah. Meminum air dengan jumlah yang mencukupi dapat menyeimbangkan kembali keadaan kulit jika mengambil makanan berminyak.

4) Penggunaan Tuala Muka

Mengelap muka dengan menggunakan tuala muka (face towel) ataupun tisu. Elakkan menggunakan tuala yang sama untu mengelap badan supaya kotoran tidak terlekat pada kulit wajah.

5) Skrub Muka 

Lakukan skrub muka untuk membuang kotoran dan sel-sel kulit mati dan dalam masa yang sama memperbaharui kulit anda. Sentalan mestilah dilakukan dengan cara yang lembut.

6) Belai Wajah Dengan Topeng Muka

Jadikan rutin membelai wajah dengan topeng mula (face mask) sebagai aktiviti mingguan. Dapatkan topeng muka yang mengandungi kaolin atau bentonite kerana bahan ini akan menyerap minyak yang berlebihan secara perlahan-lahan.

7) Pengambilan Vitamin

Mengamalkan pengambilan vitamin iaitu vitamin C dan vitamin E yang sangat membantu merawat masalah kulit berminyal, berjeragat dan juga berjerawat.

Semoga tips-tips di atas dapat memberi manfaat kepada anda semua. Katakan selamat tinggal kepada kulit berminyak. Selamat mencuba!



Wednesday, 15 March 2017

Kelebihan Peria Katak

Assalamualaikum Awesome...

Hi semua, masih cerita pasal Peria Katak. Hehe. Kali ni nak share Kelebihan atau khasiat Peria Katak ni ye. Rasa pahit tapi khasiat sangat banyak dan sangat bagus diamalkan. Means jangan pandang Peria Katak ni sebagai satu jenis sayur sahaja ye.





KELEBIHAN PERIA KATAK :



  • Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
  • Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
  • Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
  • Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
  • Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
  • Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
  • Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
  • Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,
  • Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
  • Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
  • Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.
Jom amalkan makan Peria Katak sebagai diet harian kita. Kalau setiap hari jemu, kita cuba makan seminggu sekali kan. Macam-macam resipi ada sekarang, semua di hujung hari. Semoga bermanfaat.

Till then. Assalamualaikum

Peria Katak In English

Assalamualaikum Awesome.....

Ada yang tak tahu Peria Katak tu apa? Kalau kebiasaannya selalu dengar peria sahaja kan. Sebut je nama dah terbayang kepahitan peria tu. Tapi peria goreng tepung sedap kan. Selalu beli kat food court area office ni. Kalau rangup lagi sedap krupp krapp krupp krapp. Gambar bawah ni Peria ye.



Eh! dah lari tajuk pulak. Hehe. Actually saya nak cerita pasal Peria Katak. Sebelum kita tahu lanjut English panggil apa jom kenal rupa sebenar Peria  Katak ni. Kalau ikut fizikalnya beza Peria dan Peria Katak ni saiz, satu tu bentuk panjang dan satu lagi bentuk ke arah bulat. Rupa Peria Katak macam gambar kat bawah.


Dalam bahasa Inggeris Peria Katak dipanggiL BITTER GOURD atau BITTER MELON. Walaupun namanya awal-awal dah tulis BITTER = PAHIT tapi khasiatnya tiada tandingi ye. Next entry kita cerita apa yang best sangat PERIA KATAK  @ BITTER GOURD ni ye.

Till then. Assalamualaikum semua.